Tentang Kami

Kenali serba sedikit tentang ahli pasukan kami;


Aryaty Brahim
Assalamualaikum. Salam perkenalan. Nama saya Aryaty dan anda boleh panggil Atie. Berumur 38 tahun dan merupakan pemegang Diploma Pengurusan Teknologi, UTM. Ibu kepada 3 orang cahaya mata iaitu Hurin Farzany 9 tahun, Huffaz Adli 3 tahun dan Humam Aishi 1 tahun. Mula bergiat aktif di bidang jualan pada tahun 2010 setelah berhenti kerja sebagai pembantu tadbir di sebuah badan berkanun. Bermula hanya sebagai pengguna Coway yang tertarik oleh konsep mudah dirumah, timbul pula kesedaran terhadap kesihatan ahli keluarga dek kerana terdapat banyak kes-kes yang melibatkan pencemaran bekalan air didada akhbar dewasa kini. Sebagai seorang ibu, saya tidak boleh membiarkan kesihatan keluarga jadi taruhan. Terbukti, produk-produk Coway dihasilkan dengan begitu teliti oleh pusat R&D centre di Yugu, Korea. Dari situ saya mulai memperkenalkan penapis air serta beberapa produk coway yang lain kepada kawan-kawan dan saudara mara. 

"Nak order coway ingat pakar Coway"



Siti Madihah Shaharizan
Assalamualaikum semua. Salam Coway dari saya. Semua boleh panggil saya Madihah (Madia). Saya berumur 27 tahun dan mempunyai ijazah dalam bidang Perniagaan Antarabangsa, UiTM. Kini saya bekerja sebagai pegawai bank dan juga wakil Coway anda. Saya sudah berkahwin dan mempunyai dua ekor anak kucing yang comel dan InsyaAllah anak sendiri akan menyusul. Untuk pengetahuan semua, saya tinggal di Seri Kembangan, Selangor. Jadi, Siapa-siapa yang nak jumpa saya di sekitar Seri Kembangan untuk berbincang, melihat sendiri produk Coway jangan segan silu untuk menghubungi saya. Kami sangat komited tentang masalah air dan udara anda dan boleh dihubungi pada bila-bila masa ya. Happy Coway!


Ahmad Rustom Bin Brahim
As-Salam, nama saya Ahmad Rustom Bin Brahim yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Anda boleh panggil saya Tom. Saya adalah pemegang Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Institut Ranaco, Terengganu. Berpengalaman dalam industri minyak & gas selama 3 tahun dan sekarang saya menjalankan perniagaan membaik pulih alatan elektronik sebagai pekerjaan utama. Sebagai juruteknik elektronik, saya mendapati mesin basuh atau pun mana-mana peralatan elektrik yang mengunakan air yang tidak ditapis mengandungi banyak kotoran dan karat. Juga mengakibatkan pakaian cepat pudar dan pakaian putih menjadi kekuningan. Fikir saya, bagaimana jika air ini diminum dan digunakan untuk membasuh serta memasak makanan? Oleh itu, penapis air dirumah adalah keperluan bagi menjamin kesihatan diri dan keluarga. Terdapat banyak jenama penapisan air yang mendakwa bahawa mereka adalah yang terbaik, akan tetapi tiada satu pun jenama yang dapat menandingi produk-produk Coway dalam memastikan kebersihan air. Daripada fasa R&D sehinggalah kepada pengilangan, dilakukan oleh Coway sendiri tanpa memakai komponen daripada sumber yang tidak diketahui. Ia juga diiktiraf oleh WQA serta memperolehi sijil halal daripada JAKIM. Jesteru itu, jenama Coway adalah jenama yang saya syorkan. Menakjubkan! Dengan hanya menggunakan hujung jari tersedia air yang bersih dan berkualiti untuk dinikmati. Happy Coway!